no. 14

saat saat yang berlalu
umpama mimpi yang berlansung dan pergi

esoknya kau lupa semula

no. 13

rasa itu buat dada kau sesak.nafas kau beralun,kau rasa seluruh alam menghempap kau.
kau rasa kau sendiri,sekeliling kau hanya ada mata-mata yang memandang sepi,
kau sesali seluruh hidup kau,kau rasa jalan kau pilih makin sempit,dan kau semakin hilang daya

di dada kau,punya ruangan kosong
ruangan kosong yang buat kau rasa sesak.hingga nafas kau atur makin bercelaru
kau tahu,ada yang peduli,tapi kau persetankan semua,kau mahu sendiri,
kau rasa kau cukup tabah melawan dunia,walau kau pernah rebah,
dan masih belum teguh berdiri,namun masih kau degil melawan
walau kau tak punya sesiapa.hanya punya diri kau semata.

hari hari kau lalui,dipenuhi ketidakpuasan,maki,carutan yang membuah
kau ludah semua,kau maki,kau cerca, diri kau sendiri juga
malah Dia juga kau persalahkan

masih kau mempersetankan semuanya,kau lalui hari hari tanpa erti
masa yang berdetik tiada makna,hanya dibazirkan memperhambakn diri pada dunia
kau tahu,di dada kau,di ruangan itu perlu diisi sesuatu.tapi kau tak pasti.tak pasti apa



mati

no. 12

mungkin aku dalam kalangan orang yang hidup dalam masa silam
yang sering terikat dengan hal-hal masa lepas
susah untuk melepaskan apa yang lepas
dan sukar menerima hal mendatang

penakut?mungkin juga